Friday, 3 February 2012

Hari Keluarga JASNJ 2012

Setelah puas menimbangkan tempat untuk mengadakan Hari Keluarga JASNJ, akhirnya Jawatankuasa telah memutuskan untuk memilih Karosel Water Park, Skudai sebagai lokasi yang paling sesuai. Pilihan awal di Felda Residence, Tg Leman tidak dapat direalisasikan kerana telah penuh dengan tempahan bagi tahun 2012.

                                                Kadar bayaran masuk bagi pengunjung
                                                       Pentas dan kemudahan locker

                                                                  Tempat Berendam
                                                                  Ruang Serbaguna
                                                                   
Seperti yang telah dimaklumkan, tarikh yang dipilih adalah 19 Februari 2012 bermula dari jam 8.30 pg. Acara menarik seperti sukaneka kanak-kanak dan dewasa (yang dewasa ... kalau ada permintaan), cabutan bertuah, makan-makan, aktiviti berendam dalam air.

Semua warga JASNJ adalah dijemput hadir. Bagi memastikan kehadiran yang memuaskan, Jawatankuasa telah menetapkan commitment fee seperti berikut;

Ahli Kelab KEJAR;

Bujang RM 10.00
Keluarga RM 20.00 (Suami/isteri dan anak-anak yang sah taraf sahaja)

* Bagi ahli yang ingin membawa ahli keluarga selain dari yang dinyatakan, ianya bergantung kepada kekosongan kuota 200 peserta yang ada sahaja. Pihak KELAB tidak menjamin sebarang kekosongan dan sekiranya terdapat kekosongan, bayaran tambahan akan dikenakan pada kadar RM 10.00 setiap seorang.

Bukan ahli Kelab KEJAR dan warga JASNJ;

Bujang RM 20.00
Keluarga  RM 50.00

Semua warga JASNJ adalah dijemput untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sila hubungi AJK Rekreasi untuk keterangan lanjut. Tempat adalah terhad untuk 200 orang pertama sahaja bagi menjamin hadiah cabutan bertuah yang menarik. Apa tunggu lagi.....?


2 comments:

  1. menarik..tempat mainan ekstrem nye xda ke?

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan kepada survey, rasanya takde. Tapi, tak tau ler masa depan sebab tempat ni pun baru dibuka.

    ReplyDelete