Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses semakan perundangan terhadap draf perlembagaan oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Johor, akhirnya Kelab Kebajikan dan Sosial, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Johor Bahru, Johor (KEJAR) telah didaftarkan secara rasminya dengan No. Pertubuhan : 4635-11-JHR.
Dengan ini, maka Kelab ini telah diperakui kewujudannya dan segala aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selepas ini adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Kelab dan Undang-Undang yang berkaitan. Inisiatif untuk menjadikan Kelab ini sebagai pertubuhan berdaftar adalah bertujuan untuk memastikan bahawa Kelab ini adalah terbuka kepada semua warga JAS Johor dan dapat memberi manfaat kepada ahli-ahlinya. Ini juga adalah untuk memastikan ketelusan di dalam segala aktiviti yang dijalankan bagi melibatkan semua ahli dan tidak lagi berpaksi kepada golongan tertentu sahaja.
Sehubungan dengan itu, Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (KEJAR) yang ditubuhkan pada tahun 2003 adalah dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Johor. Tiada lagi urusan berkaitan kelab yang telah dibubarkan akan diterimapakai.
Bagi ahli-ahli berdaftar dengan Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor sebelum ini, adalah secara automatik menjadi ahli kepada Kelab ini dan segala urusan pengemaskinian data ahli boleh dibuat melalui mana-mana Jawatankuasa Penaja bagi Kelab ini.
Marilah bersama-sama kita menjayakan Kelab kita....
No comments:
Post a Comment