Friday, 12 August 2011

Sumbangan kpd keluarga ARWAH MOHD. ISA BIN MOPIT

 ehsan google

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

SUMBANGAN IKHLAS KEPADA KELUARGA ARWAH MOHD. ISA BIN MOPIT SEMPENA BULAN RAMADHAN
Dasyatnya sedekah di Bulan Ramadhan…


Seperti yang tuan/puan sedia maklum, bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah S.W.T yang merupakan  penghulu kepada segala bulan. Setiap amal kebajikan pada bulan Ramadhan akan diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran 70 amalan fardu pada bulan yang lainnya.



Dalam bulan Ramadhan yang merupakan bulan kebajikan, Islam sangat menggalakkan umatnya untuk bersikap pemurah dengan bersedekah kepada insan lain lantaran kemuliaan Ramadhan yang menjanjikan gandaan pahala terhadap setiap amalan kebaikan.

Antara keutamaan bersedekah:

1.      Sedekah dapat menghapuskan dosa
2.      Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.
3.      Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.
4.      Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang.
5.      Sedekah memberi keberkatan pada harta.


Oleh yang demikian, Kelab Kejar bercadang untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga allahyarham Mohd. Isa bin Mopit bagi meringankan beban keluarga beliau dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

Sehubungan dengan itu, sumbangan ikhlas tuan/puan boleh dikemukakan kepada  Puan Zuraina (Tingkat 2) atau En. Mokhtar Dahari (Tingkat 1) untuk dikumpulkan dan diserahkan kepada Encik Sukhaimi selewat-lewatnya pada 19 Ogos 2011 bagi tujuan penyelarasan.

Semoga sumbangan yang tuan/puan berikan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..moga kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.

    ReplyDelete