Thursday, 11 August 2011

Insuran Raya

Bersempena dengan ketibaan Syawal ini, pihak kelab KEJAR amat prihatin terhadap keselamatan tuan/puan. Sehubungan dengan itu, KEJAR bercadang untuk menginsuranskan tuan/puan selama tuan/puan menganggotai kelab KEJAR JAS Johor. Walaubagaimanapun, pihak KEJAR menghadapi kekangan dari segi kewangan yang terhad. Kekangan kewangan ini adalah kerana kutipan yuran yang tidak konsisten dari ahli-ahli. Oleh itu, bagi merealisasikan niat murni tuan/puan sebelum Syawal ini, pihak kelab KEJAR amat berbesar hati untuk tuan/puan menjelaskan bayaran yuran tertunggak sebelum 19 Ogos 2011. Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari KEJAR, En. Sukhaimi bin Shahli.

Bagi mana-mana kakitangan JAS Johor yang masih belum menjadi ahli, pihak kami mengalu-alukan pendaftaran anda dan di sini dilampirkan bersama borang pendaftaran ahli KEJAR untuk kegunaan pihak tuan/puan. Borang yang telah diisi boleh diserahkan kepada Setiausaha KEJAR, Cik Suzlin binti Tajuddin atau Pn. Nur Azlina binti Abdul Rahman.


2 comments:

  1. Balik spore pn diinsurankan tak?? Eh apasal asek aku je yg komen ni....yg lain pesal x komen..komenlaaaaa

    ReplyDelete
  2. melateemecar..tolong check status keahlian anda dgn YDP @ SU..confusing

    ReplyDelete