Monday, 13 February 2012
Hari Keluarga JASNJ - Atucara
ATUCARA HARI KELUARGA
8.00 pg - 8.30 pg : Pendaftaran masuk
8.30 pg - 9.00 pg : Sarapan pagi
9.05 pg : Bacaan Doa
9.10 pg : Ucapan Aluan oleh Yang Dipertua Kelab KEJAR
9.20 pg : Ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor
9.35 pg : Pertandingan Pakaian Beragam
10.00 pg : Sukaneka & Pertandingan Karaoke
11.30 pg : Penyampaian hadiah & Cabutan bertuah
12.00 tgh : Makan tengahari
1.00 tgh : Bersurai dan aktiviti bebas (aktiviti air)
* Bagi yang telah membuat pengesahan kehadiran termasuk bayaran, sila dapatkan kad jemputan anda dari PT(W) Nora dan PT(W) Azlina pada hari Jumaat, 17 Februari 2012
* Sila pastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi semasa berada di kawasan Kerosel. Pihak Kelab tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan yang berlaku semasa acara berlangsung.
* Doorgift akan diberikan semasa pendaftaran masuk.
Saturday, 11 February 2012
Hari Keluarga JASNJ 2012 - Cabutan Bertuah
Bagi menghangatkan acara Sambutan Hari Keluarga 2012, acara cabutan bertuah akan diadakan bagi wargakerja JASNJ dan ahli Kelab KEJAR dengan menawarkan hadiah-hadiah yang menarik.
Hadiah cabutan bertuah. Ada lagi....
Kehadiran tuan/puan pada hari tersebut mungkin menjadi tuah 2012 dengan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Jadilah salah seorang calon bertuah dengan mengesahkan penyertaan bagi Hari Keluarga.
Friday, 10 February 2012
Friday, 3 February 2012
Hari Keluarga JASNJ 2012
Setelah puas menimbangkan tempat untuk mengadakan Hari Keluarga JASNJ, akhirnya Jawatankuasa telah memutuskan untuk memilih Karosel Water Park, Skudai sebagai lokasi yang paling sesuai. Pilihan awal di Felda Residence, Tg Leman tidak dapat direalisasikan kerana telah penuh dengan tempahan bagi tahun 2012.
Kadar bayaran masuk bagi pengunjung
Pentas dan kemudahan lockerTempat Berendam
Ruang Serbaguna
Seperti yang telah dimaklumkan, tarikh yang dipilih adalah 19 Februari 2012 bermula dari jam 8.30 pg. Acara menarik seperti sukaneka kanak-kanak dan dewasa (yang dewasa ... kalau ada permintaan), cabutan bertuah, makan-makan, aktiviti berendam dalam air.
Semua warga JASNJ adalah dijemput hadir. Bagi memastikan kehadiran yang memuaskan, Jawatankuasa telah menetapkan commitment fee seperti berikut;
Ahli Kelab KEJAR;
Bujang RM 10.00
Keluarga RM 20.00 (Suami/isteri dan anak-anak yang sah taraf sahaja)
* Bagi ahli yang ingin membawa ahli keluarga selain dari yang dinyatakan, ianya bergantung kepada kekosongan kuota 200 peserta yang ada sahaja. Pihak KELAB tidak menjamin sebarang kekosongan dan sekiranya terdapat kekosongan, bayaran tambahan akan dikenakan pada kadar RM 10.00 setiap seorang.
* Bagi ahli yang ingin membawa ahli keluarga selain dari yang dinyatakan, ianya bergantung kepada kekosongan kuota 200 peserta yang ada sahaja. Pihak KELAB tidak menjamin sebarang kekosongan dan sekiranya terdapat kekosongan, bayaran tambahan akan dikenakan pada kadar RM 10.00 setiap seorang.
Bukan ahli Kelab KEJAR dan warga JASNJ;
Bujang RM 20.00
Keluarga RM 50.00
Semua warga JASNJ adalah dijemput untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Sila hubungi AJK Rekreasi untuk keterangan lanjut. Tempat adalah terhad untuk 200 orang pertama sahaja bagi menjamin hadiah cabutan bertuah yang menarik. Apa tunggu lagi.....?
Friday, 13 January 2012
Pengesahan Rasmi Pendaftaran Kelab
Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses semakan perundangan terhadap draf perlembagaan oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Johor, akhirnya Kelab Kebajikan dan Sosial, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Johor Bahru, Johor (KEJAR) telah didaftarkan secara rasminya dengan No. Pertubuhan : 4635-11-JHR.
Dengan ini, maka Kelab ini telah diperakui kewujudannya dan segala aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selepas ini adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Kelab dan Undang-Undang yang berkaitan. Inisiatif untuk menjadikan Kelab ini sebagai pertubuhan berdaftar adalah bertujuan untuk memastikan bahawa Kelab ini adalah terbuka kepada semua warga JAS Johor dan dapat memberi manfaat kepada ahli-ahlinya. Ini juga adalah untuk memastikan ketelusan di dalam segala aktiviti yang dijalankan bagi melibatkan semua ahli dan tidak lagi berpaksi kepada golongan tertentu sahaja.
Sehubungan dengan itu, Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (KEJAR) yang ditubuhkan pada tahun 2003 adalah dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Johor. Tiada lagi urusan berkaitan kelab yang telah dibubarkan akan diterimapakai.
Bagi ahli-ahli berdaftar dengan Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor sebelum ini, adalah secara automatik menjadi ahli kepada Kelab ini dan segala urusan pengemaskinian data ahli boleh dibuat melalui mana-mana Jawatankuasa Penaja bagi Kelab ini.
Marilah bersama-sama kita menjayakan Kelab kita....
Tuesday, 8 November 2011
Salam Aidiladha
Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” – Surah al-Haj:36
Apa yang perlu kita tahu adalah Hari raya aidil Adha adalah hari raya yang paling penting, dan 4 kali ganda lebih penting daripada hari raya Aidil Fitri. Sepatutnya dirayakan dengan lebih meriah dan penuh kesyukuran.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua...
Friday, 4 November 2011
Birthday_Sep + Oct 2011
Selamat Hari Jadi diucapkan kepada nama-nama berikut... semoga dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan diberkati Allah selalu.
SEPTEMBER
HAZEREEN BINTI MOHAMMAD
NAZIRAH BINTI HUSAIN
NORA NORLIZ BINTI MAHAT
SHAMSUL ADLI BIN MOHD. ALI
CHARLIE ANAK SIBAB
MOHD KHAIRUL FAHMI BIN ROSLAN
MOHD RAFIDI BIN KAMSOR
SUZLIN TAJUDDIN
OKTOBER
AHMAD MADZHAR BIN MANSOR
AISHAM BIN CHE HUSSIN
AZMAN BIN ALI
KHALID BIN TAFSIR
MOHD. YASIN BIN MOHAMAD
NORHAYATI BINTI ABD. MAJID
MALEK BIN HJ. TOMPANG
AZMI BIN HJ. KISSON
AMEZA BTE RESAT @ IBRAHIM
KHAIRULIZAN BIN KONGYA
MOHD HELMI BIN MOHD RAZMIN
SHAROL AZUAN BIN SHAFIEE
ZARMADI MOHAMED
Subscribe to:
Posts (Atom)