Untuk makluman, Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah didaftarkan semula di bawah Pendaftar Pertubuhan pada Selasa, 4 Oktober 2011 dan dikenali sebagai:
KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR, JOHOR BAHRU, JOHOR
(KEJAR)
Penggunaan perkataan Sukan & Rekreasi yang telah digunapakai sebelum ini terpaksa digugurkan selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 yang tidak lagi membenarkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut.
Undang-Undang KEJAR masih dalam semakan Pendaftar Pertubuhan dan akan diedarkan untuk makluman semua apabila pengesahan telah dilakukan.
Majlis Serahan Sijil Pendaftaran akan diadakan pada 19 November 2011 bertempat di Wisma KDN, Taman Setia Tropika, Kempas.
No comments:
Post a Comment