Sumbangan sempena Syawal yang bakal tiba daripada rakan-rakan semua telah disampaikan kepada isteri arwah Pak Isa pada Selasa (23 Ogos 2011) oleh Penaung KEJAR, Encik Mokhtar bin Abdul Majid. Terima kasih kepada Penaung kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan AJK yang lain untuk ke rumah keluarga arwah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Mohd Isa Mopit..aminnn
Tahniah kepada semua yang terlibat dan yang memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti ini. semoga amal yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah S.W.T berlipat ganda InsyaAllah. sesungguhnya sabda Nabi kita Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa salah satu amalan yang tidak terputus walaupun seseorang itu telah meninggal dunia adalah sedekah jariah. chayok!!! KEJAR.
ReplyDelete